Latest Tweets:

nama dan wajah

aku takkan pernah lupa, suara, wajah dan namanya. SS. takkan ada perempuan lain yang akan menaikkan rasa amarahku, takkan ada perempuan lain yang bisa mengalirkan airmata ku tanpa sebab, hanya dia. walau aku cuba pasrah atas segalanya, aku tetap tak akan lupakan. bagaimana dia sakitkan aku. bagaimana dia calarkan segalanya. Walau aku sebenarnya sakit lihat dia dimana mana, walau dia xada lagi kena mengena denganmu, aku tetap sakit. aku cuba lepaskan segalanya kerana sekuat mana aku cuba buang dia dari hidupku, dia pernah juga singgah dihatimu. pernah jadi permaisuri di hatimu. aku pernah duduk di mana dia duduk. tapi sayangnya, aku tak pernah jadi seistimewa di hatimu walau aku ada di hati keluargamu. aku relakan segalanya, tak mungkin aku bisa rentap pergi semua kenangan kau dan dia. kerana dia pernah jadi wanita yang kau paling cinta.

suara hati

memaafkan tak beerti aku melupakan. aku senyum tak pulak kata hati aku tak pernah menangis. terima kasih kerana kau calarkan lagi. paling dalam. aku rasa.